Monday, 28 September 2015

Positifkan diri :)



    Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati oleh Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah..
Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah..
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

'Apabila kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidupakan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.'
 'Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'
 'Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'
 'Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.'
 'Kaya jiwa penting bukan kaya harta. Tentukan harta kita halal.'
 'Mencari ilmu ugama wajib untuk kita semua.'
 'Kalau nak jadi manusia, ikut sunnah nabi- Dato Zawawi- jom audit diri kita.'
 'Semoga hari ini kita mencari kebaikan dalam setiap situasi dan orang yg kita jumpa. Hentikan membaca berita negatif tentang orang lain. Lihat pada diri dan tahap takwa kita.'
 'Please make correcting ourselves priority and so busy correcting our attitude that we do not have focus on others bad attitude. Choose to see good in others and be in awe at the beauty around us and see how our energy and life change.'
 'Semoga sebelum kita tidur malam ini perasaan dan fikiran tenang dan bahagia serta memaafkan semua orang. Tentukan tiada emosi negatif dan bayangkan yang terbaik untuk kehidupan dunia & akhirat in shaa Allah.'
'Many people have negative self concept. See our life and that is our self concept and image. Start improving it by appreciating ourselves and others and plan our day with enthusiasm and make a positive mental movie of our day today.'
 'Jika kita jaga setiap minit, jam, hari dan minggu urusan Ibadahdan akhlak, in shaa Allah akan Bahagia dunia akhirat. Lihat setiap minit di mana minda dan minat kita. Itulah kehidupan kita.'
 'Never say I try, it is a sign of doubt, say I will, in shaa Allah. Be confident once Allah is with us. Hence be a good practising Muslim, then life is heavenly. Only people with problematic aqidah will have many problems. People with good connection with Allah will have heaven in their heart.'
'Cara kita berbuat sesuatu bergantung kepada cara kita berfikir tentang perkara itu. Oleh itu untuk berjaya kita harus punyai keupayaan untuk berfikir dan bayangkan apa kita mahu dan tidak membiarkan apa yang berlaku di keliling kita mempengaruhi fikiran kita. Adakan imej positif dan bertindak ke arah itu. Jom ubah cara berfikir.'



Cara memotivasikan diri



1. Kenali potensi diri

Dalam setiap usaha yang dilakukan, pastikan anda sedar anda juga berpotensi untuk mencapai matlamat anda.

Sebagai contoh, anda ingin menjadi ahli sukan seperti Datuk Nichole David tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk bermain squash, mungkin agak sukar untuk berjaya dalam bidang ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai bakat membaiki motosikal, anda boleh membuka bengkel motosikal anda sendiri dan belajar dari mereka yang telah berjaya untuk lebih mengenali potensi diri anda.

2. Berkeinginan kuat

Motivasi yang kuat boleh hadir hasil dari keinginan yang kuat. Anda mestilah mempunyai keinginan yang kuat sebagai pemangkin untuk menempuh apa jua situasi sulit yang bakal melanda.

Ia umpama peransang untuk anda mengorak langkah sekiranya langkah terhenti.

Apabila anda berfikiran bahawa keinginan anda kian pudar, cuba lihat kembali impian dan matlamat anda. Ia bakal menyegarkan kembali keinginan dan terus menuju ke destinasi kejayaan yang diimpikan.

3. Tahu arah tujuan

Tiada lagi kata azimat yang dapat membantu anda jika anda tidak tahu tujuan anda melakukan sesuatu usaha. Kenali tujuan anda dengan jelas dan tetapkan sasaran anda.

Tujuan yang jelas menjadi sumber inspirasi terbaik dan sebagai peransang menghadapi kesulitan dikemudian hari. 

Ia membantu anda melakukan sesuatu yang dipandang mustahil bagi golongan manusia yang normal. Bila anda fikir anda telah tiada semangat untuk meneruskan perjuangan, cuba renung kembali tujuan anda dan insyaa Allah motivasi diri akan kembali dengan serta merta.

4. Berani menempuh cabaran

Kebanyakan orang gagal pada peringkat ini. Setelah menempuh beberapa cabaran, mereka akan berhenti mengejar kejayaan.

Meski pun sering diketengahkan oleh pakar motivasi bahawa anda perlu berani menempuh kejayaan sebagai bayaran sebuah kejayaan, ramai yang terkandas di sini.

Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

5. 'DELETE' kisah silam

Anda mahu atau tidak untuk anda kekal bermotivasi, anda perlu padamkan kisah silam anda. Pemusnah motivasi paling bahaya adalah kisah silam anda. Ia boleh menjadi beban bahu anda yang memikul.

Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin pernah mengecewakan orang lain suatu ketika dahulu. Tetapi itu kisah dulu dan anda tidak boleh ubah apa-apa pada hakikatnya.

Apa yang anda harus lakukan adalah padamkan kisah silam anda dan lakukan permulaaan yang baru. Jadikan kesilapan dahulu sebagai tauladan dan tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.


Kesimpulannya

Terdapat pelbagai cabaran yang boleh melemahkan motivasi seseorang. Pasti ada faktor-faktor lain yang boleh kita bincangkan. Apa yang penting kita fahami 5 cara kekalkan motivasi diri sedalam-dalamnya dan mulakan praktis.




                                   




YOU CAN DO IT :) KIPIDAP DONGIBAB :)



Belanjawan Tunai




BELANJAWAN TUNAI

- Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangka serta baki tunai di sepanjang tempoh tertentu.

Ø Belanjawan tunai digunakan oleh perniagaan untuk menguruskan tunai iaitu sebagai alat kawalan dan perancangan tunai.
Ø Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai bagi ;
1. membantu pihak pengurusan mencari sumber tunai sekiranya berlaku kekurangan tunai perniagaan.
2. membolehkan pihak pengurusan merancang penggunaan tunai jika berlaku lebihan tunai perniagaan.
3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.


Kepentingan Belanjawan Tunai :-

1. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang.
2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai.
3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yg tepat dapat dilaksanakan.
4. Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai.
5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.
6. Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman.
7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai.


Langkah-langkah bagi penyediaan Belanjawan Tunai ;

1. Fahamkan soalan dengan jelas.
2. Tentukan bilangan lajur bagi Belanjawan Tunai dengan mengikut kehendak soalan.
3. Mulakan dengan Baki Awal.
4. Tambah semua anggaran penerimaan. (hasil jualan, penerimaan daripada penghutang, pinjaman, modal, hasil yuran, caj perkhidmatan)
5. Tolak semua anggaran perbelanjaan. (kadar bayaran, sewa, gaji, belian barang niaga, belian aset, pemiutang, kos pengangkutan, belanja2 lain)
6. Cari lebihan/kurangan
7. Cari Baki Akhir.
8. Baki Akhir bulan semasa dipindah ke awal bulan berikut.



NOTA!!
Ø Baki akhir bulan semasa akan menjadi baki awal bulan berikutnya dan seterusnya.
Ø Butir-butir seperti hutang lapuk, diskaun diberi, susut nilai aset bukan semasa, diskaun diterima, belian kredit dan peruntukan hutang ragu TIDAK DIREKOD ke dalam Belanjawan Tunai. ~ kerana butir-butir tersebut tidak menyebabkan aliran keluar tunai.
Ø Hanya urusniaga yang melibatkan tunai sahaja diambilkira.
Ø Jualan/Belian kredit setiap bulan bukanlah rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai manakala jumlah penerimaan daripada penghutang/pembayaran kepada pemiutang barulah merupakan rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai.




Kelab dan Persatuan

AKAUN KELAB DAN PERSATUAN

Akta Pertubuhan 1966 ;
- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.

Sumber Hasil

1. Yuran tahunan ahli
2. Yuran pertandingan
3. Kutipan pesta ria
4. Sewa laci almari
5. Derma dari agensi swasta
6. Faedah dari simpanan tetap
7. Sewa alatan sukan
8. Jualan bola tenis terpakai

Jenis Belanja

1. Sewa rumah kelab
2. Belian surat khabar dan majalah
3. Belian alatan sukan
4. Pembinaan gelanggang tenis
5. Elaun kehormat
6. Belanja mesyuarat
7. Latihan dan kursus
8. Lawatan


PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL
Perbelanjaan Hasil
- Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.
- Contoh;
a. Belian barang niaga untuk dijual semula.
b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.
c. Susut nilai aset bukan semasa.
d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.
e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.


Perbelanjaan Modal
- Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.
- Contoh;
  1. Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
  2. Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
  3. Pembelian aset bukan semasa
  4. Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
  5. Kos pemasangan sistem hawa dingin
PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL
Pendapatan Hasil
- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
- Contoh;
  1. Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
  2. Yuran pertandingan
  3. Kutipan jualan pesta ria
  4. Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
  5. Faedah atas pelaburan.
  6. Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
  7. Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
  8. Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
  9. Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek
Pendapatan Modal
- Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.
- Contoh;
  1. Jualan aset bukan semasa
  2. Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
  3. Yuran masuk atau pendaftaran
  4. Peruntukkan daripada agensi kerajaan
PERBANDINGAN PERAKAUNAN
Akaun Kelab dan Persatuan
Entiti Perniagaan
- Mempunyai Akaun Yuran
- Tiada Akaun Yuran
Penerimaan dan Pembayaran
- Aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang direkodkan dalam Buku Tunai diringkaskan dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran.
Penerimaan dan Pembayaran
- Aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang direkodkan dalam Buku Tunai.
Pendapatan dan Perbelanjaan
- Semua pendapatan dan perbelanjaan direkod dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan untuk mengira lebihan atau kurangan bagi satu tempoh perakaunan.
- Lebihan = pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil
- Kurangan = perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil
- Akaun Penerimaan dan Pembayaran digunakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
- Imbangan Duga tidak disediakan.
Pendapatan dan Perbelanjaan
- Semua pendapatan dan perbelanjaan direkod dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi untuk mengira untung bersih atau rugi bersih bagi satu tempoh perakaunan.
- Untung bersih = pendapatan melebihi perbelanjaan
- Rugi bersih = perbelanjaan melebihi pendapatan
- Imbangan Duga disediakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.
Kunci Kira-Kira
- Lebihan aset daripada liabiliti dikenal sebagai Dana erkumpul atau Kumpulan Wang Terkumpul.
- Dana Terkumpul = Jumlah aset tolak jumlah liabiliti.
Kunci Kira-Kira
- Lebihan aset daripada liabiliti dikenal sebagai Ekuiti Pemilik atau Modal.
- Ekuiti Pemilik = Jumlah aset tolak jumlah liabiliti.



AKAUN YURAN
· Yuran kelab terdiri daripada;
o Yuran masuk – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.
o Yuran bulanan/tahunan – pendapatan hasil
o Yuran pertandingan – pendapatan hasil
Pendapatan Modal – Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul
Pendapatan Hasil – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
· Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.
· Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan pendapatan modal dicatat sebelah debit.
· Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai – aset semasa.
· Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai – liabiliti semasa.

AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
· Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.
· Lebihan – ditambah kepada dana terkumpul.
· Kurangan – ditolak daripada dana terkumpul.

AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB
· Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).
· Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
· Untung operasi – kredit.
· Rugi operasi – debit.

KUNCI KIRA-KIRA
· Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.
· Dana Terkumpul = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti
· Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal
· Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir
· Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal