Perakaunan adalah suatu seni komunikasi maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna-pengguna seperti pemegang saham dan pengurus. Secara umumnya, komunikasi ini dilakukan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumber-sumber ekonomi dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan, seni berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaan.
Perakaunan merupakan satu cabang sains matematik yang berguna di dalam mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam perniagaan. Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira dan pengauditan. Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber.
Terdapat banyak cabang kerjaya dalam bidang perakaunan. Antaranya :-
- Akauntan
- Pengurus bank
- Pengurus kewangan
- Pensyarah
- Juruaudit
Banyak lagi kalau nak dilistkan.
Dalam financial statement (penyata kewangan), terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan.
- Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai
- Lejar
- Imbangan Duga
- Penyata Pendapatan
- Kunci Kira-Kira
Ini adalah asas di dalam bidang perakaunan. Di mana anda pelajarinya semasa tingkatan 4 atau di matrikulasi.
Post berikutnya akan saya terangkan dengan lebih lanjut lagi. :)
superrrr
ReplyDelete