- Tunai adalah aset yang paling cair. Penerimaan dan pembayaran mestilah diurus dan dikawal dengan baik.
- Kedudukan tunai digunakan untuk menilai keupayaan perniagaan membayar pelbagai perbelanjaan dan menjelaskan hutang
- Selepas menerima Penyata bank pada setiap bulan, peniaga akan membandingkannya dengan Buku Tunai
- Biasanya baki yang ditunjukkan dalam Penyata Bank berbeza dengan baki dalam Buku Tunai. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh perbezaan semasa merekod dan kesilapan :-
Peniaga – Buku Tunai
|
Bank – Penyata Bank
|
1. Mengeluarkan cek
2. Menerima cek
3. Mengkreditkan buku tunai untuk cek tak layan (mengeluarkan jumlah ini daripada baki buku tunai)
4. Mendebitkan buku tunai untuk hasil faedah dan kutipan oleh bank (ia merupakan satu jumlah tambahan ke atas baki buku tunai).
5. Mengkreditkan buku tunai untuk belanja bank (ia merupakan satu belanja yang akan mengurangkan baki buku tunai).
|
1. Cek masih belum dikemukakan (cek yang dikeluarkan oleh perniagaan kepada pemiutang tetapi belum ditunaikan oleh penerima cek).
2. Cek masih belum didepositkan/dikreditkan (cek daripada pelanggan telah didepositkan dalam bank).
3. Cek tak layan (cek tidak diterima oleh bank untuk penjelasan disebabkan oleh baki akaun penghutang tidak mencukupi atau kesilapan pada cek).
4. Hasil faedah atas simpanan tetap ditambah ke dalam akaun peniaga dan kutipan oleh bank automatik ditambah ke dalam akaun peniaga.
5. Bank mencajkan belanja bank ke atas akaun peniaga.
|
Tujuan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
- menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank sekiranya kedua-dua baki tidak sama
- menyemak dan memebetulkan kesilapan BUKU TUNAI
- menentukan jumlah sebenar nilai yang terdapat dalam akaun semasa di bank
Butir yg menyebabkan baki Buku Tunai tidak sama dengan baki Penyata Bank
|
Penyata Penyesuaian Bank dimulakan dengan
| |||
Baki debit Buku Tunai
|
Baki debit Penyata Bank (overdraf)
|
Baki kredit Buku Tunai (overdraf)
|
Baki kredit Penyata Bank
| |
Cek belum dikemukakan
|
TAMBAH
|
TAMBAH
|
TOLAK
|
TOLAK
|
Deposit/cek/simpanan belum dikreditkan
|
TOLAK
|
TOLAK
|
TAMBAH
|
TAMBAH
|
Buku cek, caj bank, faedah atas overdraf dan bayaran oleh bank atas perintah sedia
|
TOLAK
|
TOLAK
|
TAMBAH
|
TAMBAH
|
Dividen, faedah simpanan tetap dan pindahan kredit
|
TAMBAH
|
TAMBAH
|
TOLAK
| TOLAK |
No comments:
Post a Comment