Monday 28 September 2015

Konsep dan Prinsip Perakaunan




Berterusan 
  • perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan berjalan bagi suatu tempoh yang lama
  • aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan ini
Pemadanan
  • untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan, jumlah belanja bagi tempoh itu ditolak hasil yang diperoleh waktu itu. 
  • segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira semasa mencari untung atau rugi semasa walaupun wang belum dibayar atau diterima kena ia merupakan urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
Ketekalan
  • konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekod butiran dalam akaun secara konsisten
  • kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan gambaran paling adil tentang aktiviti perniagaan
Materialiti 
  • dalam perniagaan, perbelanjaan boleh disifatkan sebagai kebendaan dan bukan kebendaan
  • sebagai contoh, belanja tong sampah bernilai RM35 diambil kira sebagai aset bagi perniagaan firma kecil dan sebagai belanja bagi perniagaa firma besar
Entiti Berasingan 
  • sebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entiti atau unit yang berasingan daripada pemiliknya
  • rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. urusniaga peribadi pemilik tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan pernigaan
  • tujuan memisahkan entiti perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk membezakan urusniaga perniagaan dengan urusniaga peribadi
Wang sebagai ukuran
  • perakaunan hamya melibatkan urusniaga yang hanya dinilai dalam bentuk wang
  • tujuannya adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam supaya perbandingan dapat dibuat 
Tempoh perakaunan
  • jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa ke semasa
  • tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu satu tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan
Kos sejarah
  • bermaksud kos direkodkan mengikut nilais sebenar iaitu berasaskan kos sebenar belian pada tarikh belian dilakukan
  • kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang perubahan harga tidak mempengaruhi rekod yang telah dibuat
Prinsip catatan bergu
  • setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan
  • jumlah yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah dikreditkan










No comments:

Post a Comment